Eternity

~bermulanya sebuah destinasi cinta~

Posted on: October 11, 2008

“Adik..bangun dik..”kejut abah sambil mengusap ubun-ubun kepalaku.

     Di kala hening pagi,apabila burung mula berkicauan,aku tidak tahu mengapa hatiku berasa sangat gembira.Nak tahu kenapa?aku nak masuk sekolah baru!!yeay!!bermulanya 6 januari,2001,umurku sudah mencapai 13 tahun.Tanggal 13 Januari 2001,aku telah ditawarkan untuk masuk ke Sekolah Agama Menengah Bestari di mana satu-satunya sekolah agama yang berasrama penuh.Pada mulanya abahku menyuruh aku masuk ke mrsm Pendang,tapi jauhlah sangat.Aku ni anak yang manja sikit(sikit je la..hehe).Sebab tu lah tak nak pegi sekolah jauh-jauh.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pergi ke sambestari di mana lokasinya hanya terletak di subang jaya dan hanya 30 minit dari rumahku.(dekat kan?..hehe).

    Sejurus selepas itu,aku terus bangun dengan bersemangat dari tidur untuk menyiapkan diri.Sepanjang perjalanan ke sana,akulah orang yang paling ceria dan paling banyak bercakap sampai ibuku pun geleng-geleng kepala.Pening melihat karenah anaknya yang sangat ceria.Maklumlah,nak masuk sekolah barulah katakan.Nak jumpe kawan baru,cikgu baru,suasana baru dan banyak lagi lah yang baru.Setelah setengah jam perjalanan,aku melihat sebuah bangunan yang baru dan cantik.Itulah dia SAMBESTARI!!

sambestari

     Setelah selesai pendaftaran sekolah dan asrama,aku telah di bawa masuk ke dorm.Dorm b2:3 adalah dorm pertamaku di sini di mana pelajar tingkatan satu dikehendaki duduk bersama-sama pelajar tingkatan dua.Sebelum keluargaku berangkat pulang,abahku sempat memberi nasihat dan kata-kata semangat untukku.Tanpa ku sedari,air mataku mengalir basah ke pipi.Aku berasa sangat sedih dan hiba apabila keretaku mulai bergerak keluar dari pintu gerbang.Walaubagaimanapun,aku tetap menguatkan diriku supaya tidak menangis lagi.Aku harus kuat demi meneruskan misi dan harapan mereka!!Aku sungguh sayang mereka!!

     Setelah selesai bersolat zohor,sessi suai kenal(orientasi) sudah bermula.Pelajar baru diminta untuk berkumpul di dataran asrama puteri.Bilangan kami hanya seramai 28 orang sahaja bagi pelajar perempuan,bilangan yang sangat sedikit kalau diikutkan.Maklumlah,hanya pelajar yang terpilih sahaja masuk ke sini.hehe.Apabila berkumpul,aku melihat wajah-wajah fasilitator yang sangat tegas dan susah nak senyum.Mereka semua terdiri daripada senior yang diamanahkan untuk menguruskan pelajar baru sepanjang minggu suai kenal.Kami diberi telur mentah sebagai “barang amanah”.Sungguh menyeksakan untuk dibawa ke mana-mana!!Perkara yang tidak mungkin aku lupakan sepanjang minggu suai kenal adalah telurku telah dipijak oleh kakak fasilitator.Pada masa itu hanya tuhan saja yang tahu bagaimana geramnya aku kat kakak tu.hehe.

     Selain itu,antara slot lain yang tidak boleh dilupakan ialah OBH(operasi burung hantu).Kami diminta untuk berjalan seorang diri mengikut panduan yang telah ditetapkan.Ketika itu,aku masih ingat lagi abang fasilitator yang menyamar jadi hantu untuk menggangguku telah dipukul oleh aku sendiri!!sakit tak?maaf ye..hehe.Selepas seminggu,berakhirnya minggu orientasi.Pada masa itu,baru aku tahu apa erti minggu suai kenal ini.Walaupun sangat benci pada mulanya,tetapi sebenarnya banyak mesej dan pesanan yang ingin disampaikan sepanjang minggu ini.Terima kasih ye kepada semua yang terlibat!!

     Aku telah mula memasuki alam persekolahan yang sebenar.Pada mulanya,aku sentiasa menangis seorang diri terkenangkan ibu bapaku di rumah.Orang kata “homesick”..hehe.Kalau nak tahu,aku lah orang yang paling gemar ke “public phone” setiap pagi sebelum pergi ke kelas untuk menelefon ibu bapaku di rumah.Sambil bercakap dengan mereka dalam talian,mesti menangis.Setiap minggu mesti ibu bapaku melawat aku di sini.hehe.Agak-agak kenapa ye?hehe..Aku di tempatkan di kelas 1 Al-Biruni.Guru pertamaku di sekolah ini ialah Ustaz Rizal.Di dalam kelas,aku telah berjumpa dengan kawan-kawan baruku.Semuanya baik belaka.

     Setelah hampir setahun menimba ilmu di sini,bergaul dengan kawan-kawan yang ceria,menyertai aktiviti yang menyeronokkan,aku menjadi lebih kuat dan tidak menangis selalu lagi seperti awal tahun.Pada malam terakhir sebelum cuti sekolah,kami sebagai pelajar tingkatan satu diminta untuk menyampaikan persembahan kepada penduduk asrama puteri.Kami telah menyanyikan lagu untuk kakak-kakak senior.Lagu yang sedia ada,tapi lirik yang di ubah.Comel kan?hehe..Persembahan kami telah menitiskan air mata mereka kerana mereka sangat terharu.Begitulah cerita ringkas yang boleh dikongsi bersama.Akhir kata,setiap detik suka dan duka itu takkan pudar dari ingatan walaupun destinasi yang dicari semakin hampir.Hargailah sebuah pertemuan kerana di situlah letaknya perpisahan..:).Buat kawan-kawanku..terimalah sebuah lagu untukmu semua..ukhwah fillah abadan abadan.

Advertisements

3 Responses to "~bermulanya sebuah destinasi cinta~"

Salam perkenalan,
Bila bace cerita ni,teringat je balik kisah2 time zaman sekolah dulu. Memang sume pun cam tu jugak je.ase nak nangis je bile tengok parents balik mase hari first tu.(ade yang betul2 nangis gak).
wah,betul pukul ‘hantu’ tu time OBH?hantu tu tak lari ke?

Keep writing!Good luck in whatever you do=).

Reply for The Dreamer,

salam perkenalan juga buat kamu!
time kasih coz sudi bace blog sy yg xseberape ni berbanding dgn blog awk..hehe..mmg zaman sekolah ni zaman yg kita xleh lupekan sampai tua kan?..mmg ade yg betul2 nanges..tp agak2 The Dreamer nanges betul2 x?;p..mmg btul pun hantu tu kena pukul..hantu siap ckp”sakit r”..hahaha..padan muke hantu tu.Sape suh kacau dak f1..dahlah kecik agi mase tu..hehe..papepun..thanks coz sudi meluangkan mase bg komen ni..ade mase singgahlah lagi ye!!:)

ak trpkse..sbb die yg suh ak tulis komen…hahha
gile a…psni cnfirm die cte psl kesengetan die…sile nntikan…hahhahaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

October 2008
M T W T F S S
    Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 658 hits
%d bloggers like this: